Kehidupan peribadi Tom

Tom menamatkan zaman gadisnya di usianya yang cukup muda pada ketika itu iaitu 21 tahun dengan mengahwini seorang pemuzik, Ahmad Khairul Mizan pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Megat Ariel Shakur. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila pada April 2010 mereka disahkan bercerai selepas hampir tujuh bulan tidak tinggal bersama.[2]